Tumpuan :
Nasional

Isu Tambak Johor sesak dipersembah kepada Pemangku Sultan Johor

FOOT: HRH Crown Prince of Johor/ Facebook

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi membincangkan isu terkini termasuk operasi imigresen dan pemprosesan trafik harian.

Pada pertemuan itu, isu purata masa menunggu untuk pemeriksaan imigresen dan penambahbaikan yang perlu dibuat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) serta Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), turut disampaikan dan dibincangkan.

Pertemuan berkenaan disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani; EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh; Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir serta Ketua Pegawai Penyelaras BSI dan KSAB, Suraya Hanim Sith.

FOTO: HRH Crown Prince of Johor/ Facebook

Turut hadir, Ketua Imigresen BSI, Adam Abu Hanipah; Timbalan Ketua Imigresen (Kawalan) BSI, Vimala Ramalinggam; Ketua Imigresen KSAB, Siti Hajar Mohd dan Timbalan Ketua Imigresen KSAB, Ahmad Atturmudzy Mohd Yusof.

Kelmarin, Datuk Onn Hafiz dilapor kecewa apabila 13 kaunter di laluan kereta di Tambak Johor, tidak dibuka kepada orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan.

Beliau dilaporkan berkata, perkembangan pengoperasian pintu sempadan negara di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) BSI itu masih dilihat belum berada pada kecekapan penuh.

Katanya, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dengan harapan isu itu tidak berulang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini