PETALING JAYA: Isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan membuat pertuduhan bagi kes terbabit esok.
Perkara ini dimaklumkan oleh Bukit Aman kepada petugas media melalui jemputan WhatsApp untuk membuat liputan di mahkamah.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 109/298 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, jam 9 pagi.
Menurut beberapa portal pertuduhan akan dikenakan terhadap beberapa individu KK Mart dan syarikat pengedar yang terlibat dalam kontroversi itu.
Buletin TV3 sedang mendapatkan pengesahan dan butiran lanjut daripada Bukit Aman.
13 Mac lalu, tular di media sosial isu stoking tertera kalimah ‘Allah’ yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.
3 hari kemudian, pengurusan KK Super Mart tampil memohon maaf berhubung penjualan stoking berkenaan di beberapa cawangan kedai serbanekanya.
Syarikat itu berkata jualan stoking itu telah dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut murka serta menzahirkan perasaan dukacita baginda dan mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Guna gambar Ketua Menteri untuk tarik pelanggan
- Jangan marakkan kemarahan isu kalimah Allah – Polis
- Hina kalimah Allah: Juruteknik dipenjara 6 bulan, denda RM12,000
- Kilang edar stoking ada kalimah Allah tutup operasi hari ini
- ‘Kami mohon maaf, tidak pernah sengaja memesan stokin sedemikian’ – pembekal