Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Isu stoking tertera kalimah Allah, kerajaan tidak campur tangan siasatan polis – PM

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak campur tangan terhadap sebarang proses siasatan berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Mart cawangan Bandar Sunway di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi laluan penuh kepada polis untuk menjalankan siasatan dan menyifatkan isu itu bukanlah boleh diselesaikan melalui sebarang tindakan oleh gerombolan berasingan.

“Siasat secara profesional, bertindak dan dakwa segera, kerana kita tidak bertolak ansur dalam apa-apa tindakan menghina mana kaum, mana agama apa lagi Islam sebagai agama persekutuan. Jadi saya bagi laluan penuh, tidak campur dalam urusan siasatan tapi sentiasa menggesa, jangan tolak ansur, selamatkan negara dan biar tindak tegas untuk tentukan supaya jangan berlaku gerombolan luar dari jalur hukum,” katanya.

Beliau berucap sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-217 di Pusat Latihan Polis di ibu negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini