comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu RUU Mufti, PM serah kepada Menteri Agama

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menyerahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bagi menjawab sebarang perkara berhubung Rang Undang-undang (RUU) baharu mengenai jawatan Mufti Wilayah Persekutuan.

“Biar Menteri Agama jawab.”

Jawapan ringkas itu diberikan Datuk Seri Anwar selepas menghadiri Persidangan LAWASIA ke-37 di ibu negara tengah hari tadi.

Khamis lalu, peguam hak asasi, Latheefa Koya membantah keras RUU baharu mengenai jawatan Mufti Wilayah Persekutuan yang didakwa akan mengurangkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), itu berkata Fasal 4(1) RUU itu menjadikan mufti sebagai pihak paling berkuasa dalam hal-hal undang-undang Islam di Wilayah Persekutuan, selain Seri Paduka.

Katanya, RUU itu akan dibahaskan di Dewan Rakyat bermula esok supaya ahli Parlimen menolaknya, sambil mengkritik sikap beberapa wakil rakyat kerajaan yang menurutnya masih berdiam diri dalam isu itu lebih tiga bulan selepas RUU itu dibentangkan pada Julai.

Semalam Datuk Dr Mohd Na’im menggesa semua pihak agar tidak menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam yang boleh membawa kepada salah tafsir Rang Undang-undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024.

Tindakan itu tegas beliau akan membantut usaha kerajaan memperkasakan pentadbiran agama Islam di negara ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini