comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu pelanggan bawa anjing masuk restoran selesai

Pemilik sebuah restoran melakukan proses sertu ke atas meja dan kerusi yang diduduk seekor anjing di Bukit Sentosa, semalam. – FOTO : Tular

HULU SELANGOR: Tindakan dua individu membawa masuk anjing ke sebuah restoran di Bukit Sentosa, di sini, semalam mengundang kecaman ramai pihak khususnya pelanggan beragama Islam.

Menerusi gambar yang tular di laman sosial Facebook, kedua-duanya individu itu dipercayai menjamu selera di premis terbabit.

Manakala anjing berwarna putih pula duduk di kerusi restoran itu.

Bagaimanapun, semakan sekali lagi di Facebook mendapati hantaran bersama gambar terbabit telah dipadam.

Namun, terdapat satu hantaran baharu memaparkan pemilik restoran melakukan proses sertu pada kerusi dan meja yang diduduki anjing terbabit.

“Kes selesai, bukan berlakon ya. Benda sudah terjadi.

“Yang penting kita ambik tindakan atas dasar tanggungjawab sebagai seorang Islam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung isu itu daripada mana-mana pihak.

Tangkap layar laman sosial Facebook memaparkan dua individu membawa masuk anjing ke sebuah restoran di Bukit Sentosa, semalam. – FOTO : Tular

“Individu yang terlibat juga telah dinasihatkan supaya tidak melakukan perkara ini dan menjaga sensitiviti pengunjung restoran yang datang.

“Pada masa sama, premis itu turut dibersihkan. Pemilik juga menjelaskan penyelesaian itu menerusi Facebook,” katanya.

Loading...
Terkini