Tumpuan :
Nasional

Isu Laut China Selatan perlu diuruskan bersama negara anggota ASEAN

Oleh: Syafiqah Damanhuri

VIANTIANE: Isu yang melibatkan tuntutan kawasan Laut China Selatan perlu diuruskan secara bersama negara anggota ASEAN dan diplomatik.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pandangan Malaysia itu bagi memastikan tiada krisis yang berlaku di laluan dagangan tersibuk dunia itu.

“Dia (China) kata, itu ikut undang-undang antarabangsa, kita juga kata ikut undang-undang antarabangsa. Jadi apa jua kita punya tindakan melalui diplomasi, secara diplomatik dengan China supaya kita tidak menutup pintu dan kita punya komunikasi tetap ada.

“Kita juga minta negara-negara lain supaya jangan slam the door, jangan tutup pintu, duduk sama-sama dan berbincang.

“Isu Laut China Selatan ini, Malaysia punya pandangan dia perlu diurus secara bersama, diurus secara ASEAN approach bukannya secara individual country.

“Kita banyak literal state Malaysia, Filipina, Vietnam, Cambodia dan Thailand ke masing-masing juga ada mengatakan bahawa ini kawasan mereka masing-masing.” Katanya ketika diminta mengulas mengenai pertemuan ketua negara anggota ASEAN bersama China.

Jelas Mohamad, Malaysia mempunyai kelebihan dalam mengutarakan isu itu kerana pendaftaran peta kawasan berkenaan sudah dilakukan lebih awal.

“Tapi yang ada petanya kita saja, Malaysia. Jadi kita ke depan sikit kerana kita telah pun mendaftar peta kita lama dah serta mengikut pula undang-undang antarabangsa berkenaan.

“Ini merupakan asas kepada undang-undang laut antarabangsa tetapi kadang-kadang masing-masing pula berlapis-lapis.”

“Jadi di mana kita boleh berunding dan kita mesti ada peruntukan untuk laluan antarabangsa supaya ini merupakan Laut China Selatan ini merupakan jalan laut perdagangan yang paling sibuk dalam dunia.

“Kita semua perlu ambil kira dan jangan ada krisis di sini kalau tidak dunia akan-akan mengalami masalah kerana ini laluan dagangan yang tersibuk dalam dunia.” Ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini