JOHOR BAHRU: Polis menerima 11 laporan polis berhubung insiden penggunaan kalimah Allah pada stoking, di Johor
Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar pemeriksaan secara menyeluruh telah dilakukan ke atas premis kilang di kawasan Taman Perindustrian Sri Gading dekat Batu Pahat, pagi tadi.
“Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Pemangku Sultan Johor.
“Setakat ini, 11 laporan polis telah diterima dan untuk makluman, Ketua Polis daerah Batu Pahat bersama pasukan seramai 40 anggota telah membuat serbuan dan pemeriksaan di kilang di sri gading batu pahat, dan telah merampas 5 pasang stoking untuk siasatan lanjut.
“Hasil siasatan mendapati pengurus kilang mendakwa telah membeli stoking tersebut dari sebuah syarikat di negara China.
“Saya mengambil kesempatan ini menasihati semua orang supaya tidak mengambil tindakan menyertai flashmob atau apa juga tindakan yang menyalahi undang-undang, berhubung isu ini.
“Pihak polis sedang menjalankan siasatan dan siasatan telus akan dibuat, bagilah peluang untuk kami jalankan siasatan, pihak bukit aman juga sedang memantau dan mengambil alih siasatan-siasatan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas sesi lawatan Bazar Ramadan di Angsana Johor Bahru Mall, di sini, hari ini.
Siasatan dijalankan di bawah seksyen 298A/505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Hari ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap isu kalimah Allah.
Baginda bertitah, langkah berkenaan perlu diambil bagi memastikan isu seperti itu tidak akan berulang lagi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- JAKIM telah panggil Pengasas KK Mart semalam, beri amaran keras agar insiden tidak berulang
- Stoking kalimah Allah: “Biar polis uruskan” – Saifuddin
- Yang di-Pertuan Agong murka isu kalimah Allah timbul lagi
- ‘Kami mohon maaf, tidak pernah sengaja memesan stokin sedemikian’ – pembekal
- [VIDEO] Kilang edar stoking ada kalimah Allah diperiksa polis
- Pemangku Sultan Johor titahkan pihak berkuasa ambil tindakan tegas isu kalimah Allah
- IKIM gesa tindakan mengenai isu stoking tertera kalimah Allah
- KDN akan teruskan siasatan stoking kalimah Allah
- Kesal penjualan stoking tertera kalimah Allah
- Lelaki muat naik komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah dipanggil polis
- [VIDEO] Isu stoking kalimah Allah: Polis akan panggil pengurusan KK Mart, 42 laporan diterima