comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu iDME – KPM menyatakan komited kurangkan beban tugas guru dan pastikan kebajikan pendidik terpelihara

KPM memutuskan, guru diberi autonomi untuk memilih sama ada untuk merekod dan melaporkan tahap penguasaan PBD secara luar talian atau menggunakan SPPB secara hibrid.

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan ia akan terus komited mengurangkan beban tugas guru dan memastikan kebajikan pendidik terpelihara.

Susulan itu, guru kini diberi hak memilih sama ada mahu merekod dan melaporkan tahap penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara luar talian atau secara hibrid menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) Kementerian Pendidikan (KPM).

Isu bangkit berikutan masalah Sistem Pengurusan Identiti (IDME) yang dikatakan masih belum stabil sehingga menyusahkan guru yang menggunakannya.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik 2022/2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif.

“KPM amat prihatin akan isu yang dihadapi guru untuk merekod dan melaporkan tahap PBD murid bagi sesi akademik 2022/2023 dalam SPPB.

“KPM memutuskan, guru diberi autonomi untuk memilih sama ada untuk merekod dan melaporkan tahap penguasaan PBD secara luar talian atau menggunakan SPPB secara hibrid.

“Templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik 2022/2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif,” kata kementerian berkenaan.

 

Guru kini diberi hak memilih sama ada mahu merekod dan melaporkan tahap penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara luar talian atau secara hibrid menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) Kementerian Pendidikan (KPM).

Minggu lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dilaporkan berkata, sistem berkenaan ditutup sepanjang hujung minggu bagi memberi semua pihak bertenang seketika.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa langkah akan diambil supaya ia dibaiki dengan segera.

Sebelum ini, KPM didesak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) untuk menangguhkan penggunaan IDME yang dikatakan belum sesuai untuk kegunaan guru mengisi markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).

Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon dilaporkan berkata, guru-guru mula rasa terbeban dengan sistem IDME kerana capaian trafik yang amat tinggi ekoran pelaksanaan PBD secara dalam talian.

BH juga melaporkan keluhan guru yang menyifatkan pengguna iDME bukan sahaja membebankan mereka dan tekanan, malah turut mengganggu tugas hakiki.

Loading...
Terkini