Tumpuan :
Nasional

Isu Gaza: ‘Tidak ada hak mana-mana negara lain tentukan masa depan rakyat Palestin’- PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat bersama penduduk Puchong di Masjid As-Salam, Puchong Perdana di sini hari ini.

Oleh: Fareez Azman

PUCHONG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia bersama negara Arab akan terus mempertahankan hak rakyat Palestin di Gaza.

Tegas Anwar, tiada mana-mana negara mempunyai hak untuk menentukan masa depan rakyat Palestin.

“Soal Gaza memang sangat merunsingkan tapi kita tegas pendirian kita bersama negara Arab dan Islam.

“Apa pun mesti pertahan hak rakyat Gaza dan Palestin untuk bangunkan negara mereka secara bebas dan merdeka dan tidak ada hak mana mana negara lain menentukan masa depan rakyat palestin,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat bersama penduduk Puchong di Masjid As-Salam, Puchong Perdana di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar meluangkan masa kira-kira sejam menikmati makan tengah hari bersama rakyat.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, beberapa EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Selesai menikmati juadah tengah hari, Perdana Menteri kemudiannya menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira lebih 500 jemaah di sini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini