comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu air Kelantan, Sabah: Kerajaan umum peruntukan tambahan RM800 juta

Foto : NSTP

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM800 juta untuk penyelesaian jangka pendek masalah air di Kelantan dan Sabah, dalam usaha memastikan penduduk di dua negeri itu mempunyai akses kepada bekalan air bersih yang konsisten dan berkualiti.

Datuk Seri Anwar juga memberi jaminan, pelaksanaan projek tebatan banjir akan disegerakan khususnya di empat negeri iaitu Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor.

“Setakat 2022, 97 peratus penduduk Malaysia mempunyai akses kepada bekalan air terawat, namun sebahagian penduduk di Kelantan dan Sabah tidak mempunyai akses kepada bekalan air yang konsisten dan berkualiti.

Penduduk kampung di Kota Bahru terpaksa menyediakan tangki air untuk memudahkan mendapat bekalan air yang dihantar oleh lori Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam tempoh empat hari sekali – Foto fail NSTP

“Kerajaan Perpaduan komited menangani isu ini dan bersetuju untuk menyediakan keseluruhan RM800 juta tambahan bagi penyelesaian jangka pendek untuk kedua-dua negeri ini.

“Selain itu, kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir, seperti di Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor demi melindungi masyarakat setempat daripada ditimpa bencana banjir.

“Kerajaan ini berikrar memastikan semua rakyat menikmati akses yang universal dari segi infrastruktur asas sama ada bekalan air atau elektrik. Rakyat di kawasan desa wajar punyai perkhidmatan asas bertaraf dunia,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Loading...
Terkini