comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu air Kelantan, Sabah, Anwar jumpa pelbagai pihak minggu depan

 

SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau sedang mengatur pertemuan dengan pelbagai pihak, minggu depan bagi mencari penyelesaian isu bekalan air di Kelantan dan Sabah .

Perdana Menteri berkata, pertemuan itu akan membabitkan Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), kerajaan Kelantan serta Sabah.

“Seperti mana saya sebutkan, saya sedang mengatur pertemuan dengan NRECC, MOF dan Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yakob), begitu juga dengan (pimpinan kerajaan) Sabah.

“Saya cuba ubah suai jadual untuk jumpa (mereka),” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor di sini, hari ini.

Perdana Menteri sebelum ini menegaskan beliau amat komited dalam mencari jalan kepada isu air setelah mendapat input permasalahan daripada pemimpin negeri berkenaan berhubung masalah yang membelenggu kedua-dua negeri sejak sekian lama itu.

Beliau berharap kerajaan negeri akan lebih mudah memberi kerjasama penuh dengan Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan hasrat berkenaan bagi memastikan rakyat tidak lagi terbeban dengan isu bekalan air bersih.

Loading...
Terkini