comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu 3R: UMNO junjung titah Tengku Hassanal

Oleh: Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: UMNO junjung titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang murka dan terkilan atas tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyentuh isu sensitif 3R (kaum, raja, agama).

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Tan Sri Muhyiddin harus tahu kesan daripada kenyataan yang dibuatnya ketika berkempen bagi PIlihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.

“Saya amat menghormati kenyataan Tengku Mahkota Pahang, tentunya ia merupakan sesuatu yang harus dilihat sebagai kesan daripada keceluparan yang telah membangkitkan isu berkenaan.

“Mungkin ‘orang itu’ tidak menerima hakikat titah pembentukan Kerajaan Perpaduan itu dengan niat Tuanku bagi menyatupadukan semua parti-parti gabungan agar tidak berlaku lagi ketidakstabilan dalam politik tanah air.” ujarnya.

Beliau diminta mengulas isu berkenaan ketika ditemui media di Pertandingan Akhir Pidato Piala Datuk Nurul Amal menjelang Persidangan Agung UMNO (PAU) 2024 di sini.

Jelasnya, tindakan bekas Perdana Menteri itu amat tidak bertatasusila terhadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Sebelum ini Tengku Hassanal dalam satu kenyataan menzahirkan kemurkaan dan rasa amat terkilan atas tindakan Tan Sri Muhyiddin yang secara sengaja dan sinis memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan  Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini