comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu 3R: Patuh peraturan, tindakan tidak akan diambil 

Oleh: Juliana Sharin & Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KUALA LUMPUR: Tindakan tidak akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang menyentuh isu agama, bangsa dan institusi raja (3R), selagi ia tidak melangkaui batas ditetapkan dalam peruntukan perundangan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah bagaimanapun menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang dikenal pasti mengeksploitasi isu 3R, tanpa mengira latar belakang, status
atau kedudukan mereka.

“Sebab isu 3R kalau tidak dibendung ia akan digunakan sebagai isu politik. Sebab itu saya rasa soal raja, soal islam, soal bangsa ini kita tak boleh kompromi. Saya nak mintak siapa juga yang bercakap isu 3R ini, ada laporan polis terus tangkap, sumbat 3 hari dan siasat, kalau perlu dakwa, kita dakwa,” soal Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan.

“Kita sentiasa komited dan mendukung hak kebebasan bersuara sebagaimana yang ada dalam Perlembagaan, selagi mana ia mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun PDRM akan mengambil tindakan tegas dengan melakukan tangkapan, pendakwaan terhadap mana-mana individu tanpa mengira latar belakang, status dan kedudukan seseorang. Langgar sahaja peraturan, tindakan akan diambil. Sebab itu mana-mana pihak untuk mengelak dari diambil tindakan patuhi peraturan yang ada. Mudah sahaja. Patuh peraturan, tindakan tidak akan diambil” jawab Shamsul Anuar.

Soal dan jawab itu berlaku ketika giliran kementerian itu menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Datuk Seri Shamsul Anuar menjelaskan pihaknya memiliki tatacara khusus bagi mengendalikan sebarang kes berkaitan isu 3R, selari peruntukan perundangan sedia ada.

Loading...
Terkini