KUCHING: Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud akan berlangsung hari ini.
Pagi ini, jenazah Allahyarham Abdul Taib akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, bagi istiadat penghormatan negeri.
Istiadat yang berlangsung di Atrium, DUN Sarawak itu akan bermula pada 8 pagi hingga 11.30 pagi bagi membolehkan orang awam, dif-dif kenamaan dan ahli Kabinet memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Ketua Menteri itu.
Solat jenazah dijadual akan diadakan selepas itu di Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham disusuli istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.
Abdul Taib, 87, yang digelar Bapa Pemodenan Sarawak meninggal dunia kira-kira 4.40 pagi semalam di sebuah hospital di Kuala Lumpur. — BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Jenazah Tun Abdul Taib tiba di Kuching
- Tiada perkataan boleh menjelaskan betapa bermaknanya beliau kepada saya – Raghad
- [VIDEO] Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud dibawa ke Pangkalan Udara Subang
- [LANGSUNG] Perjalanan Terakhir Tun Abdul Taib Mahmud
- Jenazah Tun Abdul Taib diberikan penghormatan terakhir di Masjid Negara
- Tun Abdul Taib nakhoda era moden Sarawak
- Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia