Oleh: Izzatie Rizan
PETALING JAYA: Setelah seminggu bertarung nyawa akibat kanser payudara tahap empat, isteri pelakon veteran Harun Hashim, Sakinah Ganjali, 48, meninggal dunia di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 10.20 pagi.
Khabar sedih itu dimaklumkan Harun kepada Buletin TV3 sebentar tadi.
“Arwah pergi sangat mudah, betul- betul selepas saya selesai baca surah Yassin.
“Saya reda dengan pemergiannya, dia isteri yang sangat setia dan baik,” katanya sebak.
Harun memaklumkan jenazah isterinya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Setia di Jeram.
Terdahulu kunjungan Buletin TV3 dan Persatuan Karyawan bagi meninjau keadaan pasangan terbabit yang mengalami kesukaran hidup bertukar sebaliknya, selepas Sakinah mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital dengan ambulans.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.