Tumpuan :
Nasional

Isteri Juruterbang Helikopter Tiba Di Jabatan Forensik

Foto: NST

IPOH: Waris isteri kepada juruterbang yang maut selepas helikopter terhempas di Hutan Simpan Chikus pada 11 September lalu tiba untuk menuntut mayat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, 10.40 pagi, hari ini.

Kenderaan waris dilihat tiba dengan menaiki Alphard bersama kenderaan Honda.

Suasana di perkarangan kawasan itu turut dipenuhi wartawan yang tiba seawal jam 8.30 pagi bagi meninjau perkembangan terkini kehadiran waris.

Bagaimanapun, kawasan itu dikawal ketat oleh pengawal keselamatan dan pihak media tidak dibenarkan mendekati dan memasuki lobi bangunan utama forensik.

Media sebelim ini melaporkan, juruterbang helikopter warga Hong Kong, Tsz Kin Richard Chan, 58, meninggal dunia apabila helikopter terhempas selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di Bidor, 11 September lalu. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini