comscore
Tumpuan :
Nasional

Isteri Daim, Mahani meninggal dunia

Toh Puan Mahani Idris.

KUALA LUMPUR: Isteri kepada bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, iaitu Toh Puan Mahani Idris dilaporkan meninggal dunia, pada Ahad malam.

Bagaimanapun, punca beliau meninggal dunia tidak dapat dikenal pasti.

Difahamkan, jenazah akan dimandikan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, di sini pada 10 pagi.

Jenazah akan disembahyangkan di Surau Hidayat, Seri Kembangan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham turut meninggalkan lima anak.

Loading...
Terkini