Tumpuan :
Hiburan

“Isteri dah sampai masa nak bersalin, dah masuk wad” – PU Riz

Foto: Neelofa / Instagram

KUALA LUMPUR: Suami kepada Neelofa iaitu Pencetus Ummah (PU) Haris secara ringkas memaklumkan pengacara dan usahawan itu sudah dimasukkan ke hospital bagi menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka.

Haris atau Muhammad Haris Ismail, 27, berkongsi khabar gembira itu ketika mengacarakan sebuah program televisyen malam tadi.

Haris bersama gandingannya, Fakhrul Radhi dalam program menceritakan tentang situasi dia ketika itu tetap hadir ke program berkenaan walaupun ada urusan kecemasan.

Memberi respon kepada perbualan mereka berdua, Haris turut memaklumkan dia akan segera berjumpa isterinya selepas selesai tanggungjawabnya itu.

Sementara itu menerusi perkongsian di Instastory, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dilihat sempat menghadirkan diri ke tempat korban bersempena sambutan Aidiladha bersama Haris dan anak lelaki mereka.

Kehadiran Neelofa itu dipercayai sebelum dia dimasukkan ke hospital untuk bersalin.

Terdahulu, Neelofa memaklumkan bakal bersalin dalam tempoh terdekat ketika ditemui di sebuah majlis Selasa lalu.

Loading...
Terkini