Tumpuan :
Nasional

Isteri bekas Ahli Parlimen Jempol meninggal dunia

JEMPOL: Isteri kepada bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif, Datin Seri Fazidah Abdul Rahman meninggal dunia, pada jam 11.28 pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat kanser darah.

Jenazah disolatkan di Masjid Hussein, Seremban 2 selepas solat Asar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Ainsdale.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian isteri Mohd Salim.

“Saya bagi pihak pengurus pejabat Parlimen Jempol serta seluruh ahli UMNO Bahagian Jempol mengucapkan salam takziah kepada bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif atas pemergian isteri tercinta beliau pagi tadi.

“Saya mendoakan agar roh isteri beliau ditempatkan bersama golongan orang yang beriman,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Salim memberi tumpuan sepenuhnya kepada isterinya yang koma dan dirawat di hospital akibat kanser darah.

Katanya, beliau tidak mahu memikirkan soal penggantungan sebagai ahli UMNO selama enam tahun sebaliknya memberi fokus terhadap kesihatan isterinya ketika itu.

Loading...
Terkini