comscore
Tumpuan :
Nasional

Istana Negara Jadi Tumpuan Hari Ini

Oleh Buletin TV3

PETALING JAYA: Istana Negara bakal menjadi tumpuan media selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Pelbagai desas desus mengatakan Perdana Menteri juga akan mempersembahkan mengenai tarikh pembubaran parlimen kepada Baginda.

Tarikh pembubaran Parlimen bertiup kencang selepas parti UMNO bersetuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini juga.

Jawapan bila tarikh pembubaran itu berada ditangan Perdana Menteri yang sehingga kini masih mengunci mulut untuk memberikan sebarang komen.

Apa yang pasti Istana Negara akan menjadi lokasi tumpuan para media awal pagi ini, selain pertemuan dijangka berkisar mengenai Bajet 2023 atau sesuatu yang luar biasa Perdana Menteri akan memohon pembubaran parlimen untuk mendapat perkenan Baginda.

Selasa lalu, Perdana Menteri berkata pertemuan dengan Agong adalah perkara rutin bagi membentangkan keputusan dibuat dalam Mesyuarat Kabinet termasuklah perkara berbangkit.

Loading...
Terkini