comscore
Tumpuan :
Nasional

Israel siap sedia ceroboh, lancer serangan darat di Lubnan

FOTO: Reuters

TEL AVIV: Ketika dunia terus mengecam kezaliman Zionis atas apa yang berlaku di Lubnan, Ketua Tentera Israel pula mendedahkan pihaknya kini bersiap siaga  melakukan serangan darat di Lubnan selepas melancarkan bedilan dari udara bertubi-tubi.

Menurut Herzi halevi, dua briged tentera simpanan telah dipanggil dan dipersiapkan bagi menunggu arahan selanjutnya untuk memasuki lubnan.

Serangan udara terbaru israel dilancarkan bagi memudahkan kemasukan tenteranya ke wilayah yang disasarkan.

Bagaimanapun, Hizbullah menegaskan pihaknya akan terus memperhebat serangan dan akan memberi tentangan jika Israel berhasrat menceroboh Lubnan.

Dalam pada itu, Hizbullah  mengaku menyerang ibu pejabat Mossad susulan pembunuhan beberapa pemimpin utama mereka.

Zionis juga megesahkan bedilan Hizbullah memasuki kawasan tengah Israel, selain mendakwa berjaya memintas serangan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini