Tumpuan :
Nasional

Ismail Sabri hadir ke SPRM esok- Azam Baki

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, esok bagi dirakam percakapan.

Beliau akan hadir untuk direkod keterangan kali kedua berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung isu Keluarga Malaysia membabitkan dana pengiklanan dan promosi agenda kerajaan bernilai RM700 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir pada jam 10 pagi.

“SPRM akan rakam keterangan beliau esok bagi meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, menerusi sidang akhbar Azam dilaporkan berkata, bekas pemimpin itu adalah suspek bagi siasatan kes berkenaan.

SPRM sudah merakam keterangan 31 saksi dalam kes terbabit selepas menerima aduan pada awal tahun lepas.

Pada 10 Februari lalu, Ismail Sabri sudah menghantar kepada maklumat pengisytiharan harta sebelum keterangannya direkodkan pada 19 Februari lepas.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

SPRM dilapor menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa antaranya Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan, serta 16 kilogram jongkong emas yang dianggarkan bernilai RM7 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini