Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Isi masa senggang, jual jus untuk ‘kaki jogging’

Oleh: Izzatie Rizan

KUALA LUMPUR: ‘Kerasnya’ hidup di bandar menyebabkan pelbagai cara dilakukan bagi menambah sumber pendapatan.

Di ibu negara, Moha Firdaus Mohamed Ali, 38 yang merupakan pekerja syarikat cari gali minyak tampil dengan idea menjual jus segar buat kaki joging.

Tidak malu menjadikan kereta sebagai gerai, perniagaan yang dijalankannya secara bergerak di lokasi riadah mendapat sambutan, meskipun beroperasi dua jam.

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Pepatah itu benar-benar tepat menggambarkan kesungguhan beliau mencari rezeki.

Disaat rakan sejawatan mengisi waktu senggang dengan berehat, bapa kepada dua cahaya mata ini sebaliknya.

Berbekalkan pengisar buah buahan kecil yang disambungkan dengan power bank,
dia mengerah keringat seawal 7 pagi menyediakan jus buah-buahan di beberapa lokasi riadah tumpuan sekitar Lembah Klang.

Meskipun ada yang beranggapan kerja hakikinya berpendapatan besar namun bagi Moha Firdaus, dia dan keluarganya mengamalkan sikap berjimat cermat demi persiapan masa depan keluarga.

“Idea ini timbul selepas saya pergi joging…bila mana nak cari minuman sihat itu susah. Jadi saya rasa ianya peluang untuk saya menyediakan perkhidmatan jualan jus ini,” katanya kepada Buletin TV3.

Moha Firdaus berkata, dia menyediakan jus buah segar dengan harga yang murah serta tanpa gula.

“Lazimnya orang joging, mereka ambil masa dua hingga 3 jam sahaja. Bila menginjak ke pukul 10 orang dah kurang dah, jadi perniagaan saya tak lama, ambil masa dua jam sahaja. Tetapi syukur dapat tambah duit poket keluarga daripada duduk sahaja,” tambahnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini