comscore
Tumpuan :
Nasional

Iran serang Israel: Malaysia, Arab Saudi pastikan keselamatan jemaah haji, umrah terjamin

Malaysia dijangka menghantar seramai 31,600 orang jemaah haji tahun ini selaras kuota yang diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi. – Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia terjamin susulan perkembangan terbaharu serangan balas Iran ke atas Israel semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata setakat ini, Tabung Haji (TH) masih meneruskan persiapan bagi musim haji 2024 seperti yang dirancang.

“Semua pihak adalah dimohon untuk terus bertenang serta sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus memantau situasi terkini di Asia Barat susulan serangan balas Iran terhadap Israel semalam.

“Serangan balas itu sudah tentu meningkatkan ketegangan yang sudah pun berlarutan sejak lebih tujuh bulan lalu akibat kedegilan dan kekejaman rejim zionis Israel terhadap penduduk Palestin yang tidak berdosa,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Serangan Iran ke atas Israel itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria, 1 April lalu yang mengorbankan tujuh pengawal revolusi termasuk dua daripadanya yang berpangkat jeneral.

Malaysia dijangka menghantar seramai 31,600 orang jemaah haji tahun ini selaras kuota yang diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini