comscore
Tumpuan :
Nasional

INTIPATI Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat sebagai kerangka ekonomi baharu Malaysia bagi mengangkat semula darjat dan martabat negara.

 

Perdana Menteri berkata, kerangka itu akan menstruktur semula ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara, sekali gus memberi limpahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan lebih bermutu.

Tambahnya wadah kerangka berkenaan akan menjadi induk kepada beberapa lagi dasar khusus yang akan diumumkan kelak, antaranya termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

Berikut adalah intipati penting Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, hari ini;

  • Kerajaan akan kaji semula insentif pelaburan tumpu kepada galak pelaburan yang menjana pekerjaan berpendapatan tinggi dan daripada sumber tempatan.
  • Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sedang merangka halatuju berkonsepkan Halalan Tayyiban untuk memperkukuhkan kewangan Islam.

  • Kerajaan akan menumpukan usaha untuk mengantarabangsakan syarikat pemula dan PKS tempatan.

 

Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah, menurut Perdana Menteri.

  • Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pinjaman mikro di bawah agensi termasuk SME Corp, Tekun, MARA dan Teraju.

 

  • Pemberian biasiswa, pendidikan sekolah berasrama penuh akan utamakan golongan berpendapatan rendah untuk pastikan peluang saksama.
  • RM10 juta diperuntuk untuk mudahkan proses pendaftaran, perluas program pemutihan taska dan pusat penjagaan kanak-kanak yang belum berdaftar.
  • Pelbagai program bantuan tunai dan program Rahmah diteruskan, ditambah baik untuk pastikan jaringan keselamatan sosial terus ditingkatkan.
  • Kerajaan akan tingkat pembiayaan untuk pacu pertumbuhan eksport termasuk Program Pembangunan Syarikat Pertengahan serta Geran Pembangunan Pasaran (MDG) dengan peruntukan tambahan RM20 juta.

 

  • Kerajaan akan perluas Jaringan Perlindungan Sosial untuk lindungi semua rakyat Malaysia.
  • Kerajaan bersama dengan GLIC akan melabur RM1 bilion dana tambahan secara padanan dengan dana swasta bagi menyokong syarikat pemula tempatan dan mendorong usahawan tekno.
  • Kerajaan akan memperluas pelaksanaan program seperti Corporate Hackathon dan MYHackathon di bawah Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030 bagi mendekatkan rakyat dan syarikat pemula.
  • Kerajaan sediakan RM42 juta bagi Program Bina Kerjaya untuk tingkat kemahiran pekerja tidak formal.
  • Projek tebatan banjir di Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor disegerakan demi melindungi masyarakat setempat daripada banjir.
Peruntukan tambahan RM800 juta untuk penyelesaian jangka pendek masalah air di Kelantan dan Sabah.

Kerajaan akan menambah baik skim pinjaman di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dengan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120% dari harga rumah bernilai sehingga RM300,000.

 

Kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

 

 

 

Loading...
Terkini