@buletintv3 Kami kongsikan rangkuman infografik kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan semalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. #BuletinTV3 #pelarasangaji #penjawatawam
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta sebanyak tujuh peratus kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).
Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Dis 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2.
Pelarasan gaji bagi pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah sebanyak lapan peratus pada Fasa 1 dan tujuh peratus pada Fasa 2, manakala untuk KPT adalah 4 peratus bagi Fasa 1 dan 3 peratus bagi Fasa 2.
Sebagai contoh, seorang Pembantu Hidupan Liar, Gred G11, dengan pendapatan bulanan pada 30 November 2024 sebanyak RM1,795 akan menerima pendapatan bulanan sebanyak RM2,115 mulai Disember 2024 berdasarkan pelarasan gaji Fasa 1.
Tambahnya semasa pelarasan gaji Fasa 2 pada 1 Jan 2026, beliau akan menerima pelarasan sebanyak tujuh peratus menjadikan jumlah pendapatan bulanan Fasa 2 berjumlah RM2,327.
Antara simulasi jumlah pendapatan bulanan lain, boleh rujuk gambar berikut:
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melancarkan inisiatif Kalkulator Gaji SSPA secara maya, bagi memberikan gambaran kenaikan gaji setiap penjawat awam dan jumlah yang dipaprkan adalah tanpa elaun.
Kalkulator Gaji SSPA boleh diakses di Portal Jabatan Perkhidmatan Awam atau Portal Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) atau klik pada pautan – https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Gaji penjawat awam: Bakal ringankan kos sara hidup, lebihan wang untuk keluarga
- [VIDEO] Gaji kumpulan pelaksana naik hingga 42 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus
- Pelarasan gaji, suntikan motivasi untuk berkhidmat lebih cemerlang
- Kenaikan gaji penjawat awam yang diumum PM adalah munasabah
- Kenaikan gaji penjawat awam: Kerajaan umum kaedah kasar SSPA dahulu bulan ini
- Perkhidmatan awam minimum SPM, dorong pelajar tamat persekolahan peringkat menengah