comscore
Tumpuan :
Nasional

Interpretasi emosi remaja autisme dalam lukisan

Oleh Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Menzahirkan imaginasi dalam bentuk lukisan, itu yang dilakukan Neoh Yi Woon, remaja ceria penghidap autisme berumur 20 tahun.

Siapa sangka remaja ceria itu mempunyai peminatnya tersendiri apabila lukisan hasil karyanya banyak yang berjaya terjual.

Neoh Yi Woon, 20, pelukis autisme

Neoh Yi Woon atau lebih mesra disapa Yi Woon umpama hidup dalam dunianya sendiri kerana mampu menghasilkan lukisan fiksyen seawal usia empat tahun dan seolah-olah tidak pernah kekeringan idea.

“Saya rasa seronok dan gembira selepas siap mewarnakan lukisan kartun dan anime,” ujarnya.

Meskipun Yi Woon baru sahaja membuka galeri di sebuah pusat membeli belah, karakternya yang peramah menyebabkan anak muda ini amat disenangi di situ.

Shana Lim, 18, rakan

Rakannya, Shana Lim, 18, iaitu penghidap sindrom down berkata bahawa dia seronok kerana dapat bertukar idea lukisan bersama Yi Woon.

Edward Neoh, 58, bapa

Ujar bapanya, Edward Neoh, 58, dia tidak menyangka anaknya mempunyai minat mendalam terhadap seni lukisan.

“Kanak-kanak autisme tidak serupa, dia punya isu tak sama. Jadi ibu bapa kena fokus kelebihan mereka.

“Ada sikit kelebihan sini, ada sikit kelebihan sana so macam anak saya dia suka (melukis), so sebagai parents kena beri galakan.

“Apa yang paling penting, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa janganlah putus harapan, don’t live in denial (jangan hidup dalam penafian) cuba cari jalan untuk anak-anak kita ini,” ujarnya menutup bicara.

Loading...
Terkini