comscore
Tumpuan :
Nasional

Insiden tembakan berkemungkinan sebab konflik lama – Polis

KOTA BHARU: Kejadian tembakan di sebuah rumah di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, dekat sini, awal pagi semalam, polis percaya bermotifkan konflik lama.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun tembakan yang dilepaskan mungkin bersifat amaran dan ada kaitan dengan kes lama iaitu bersabit dengan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Senjata api yang digunakan dipercayai jenis pistol semi auto yang menggunakan peluru jenis Luger 9mm dan kita kesan kejadian itu berlaku berdasarkan elemen kes sebelum ini, mungkin konflik dari situ.

“Mangsa yang juga pengadu berusia 33 tahun sendiri mempunyai tujuh rekod lampau dan kita percaya tembakan tu ada kaitan dengan kes (Seksyen) 148 KK

“Kita syaki mereka saling mengenali (suspek dan mangsa) dan setakat ini dua suspek sedang dikesan bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan sebuah keluarga yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi beberapa das tembakan yang dilepaskan dua lelaki yang menunggang motosikal jenis Y15 sebelum melarikan diri dari arah Kampung Gelang Mas ke Kampung Bunut Susu, di sini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, siasatan setakat ini sudah mencecah 80 peratus dan usaha mengesan dua suspek sedang giat dijalankan namun percaya kedua-dua lelaki itu masih berada sekitar Kelantan.

“Kita perketatkan kawalan di sempadan kerana dikhuatiri lolos ke negara jiran dan dalam masa yang sama rondaan serta pemeriksaan turut dijalankan.

“Kita juga akan mengesan jika turut terdapat individu lain yang terbabit dalam kejadian ini walaupun hanya membantu namun dalam masa sama menganggap ini bukan kes terpencil dan kita yakin dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini