Tumpuan :
Nasional

Insiden tanah runtuh stesen hidro, enam mangsa terselamat

Oleh: Safwan Sawi

TENOM: Enam orang mangsa yang terperangkap akibat kejadian tanah runtuh di Stesen Janakuasa Hidro Pangi, Tenom, Sabah, pagi tadi disahkan selamat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sabah berkata, kesemua mangsa ditemui di KM1 dari pagar utama Stesen Janakuasa tersebut.

“Tindakan pasukan bomba berjalan kaki ke lokasi mangsa dan berjaya menemui mangsa di KM1 dari pagar utama. Semua mangsa dilaporkan dalam keadaan selamat. Pasukan bomba seterusnya menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan untuk memastikan tiada lagi situasi merbahaya berlaku serta menasihati pekerja dan orang awam supaya tidak memasuki ke kawasan tahan runtuh tersebut.

“Enam orang mangsa terbabit iaitu empat orang pekerja Hidro dan dua lagi Polis Bantuan dilaporkan terperangkap di kawasan ‘Power House’ lima kilometer dari pagar utama bangunan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tanah runtuh mengakibatkan bahagian pagar utama bangunan dan beberapa kenderaan termasuklah motorsikal tertimbus.

Pasukan bomba seterusnya menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan serta memastikan tiada orang awam memasuki sekitar kawasan kejadian.

Operasi tamat jam 9.30 pagi tadi.

Loading...
Terkini