comscore
Tumpuan :
Nasional

[KEMAS KINI] Insiden tanah mendap: Usaha keluarkan mangsa sedang giat dijalankan

Unit Storm dan Unit Pengesan K9 digunakan untuk membantu mengesan dan mengeluarkan mangsa dipercayai pelancong dari India berusia 48 tahun.

KUALA LUMPUR: Usaha-usaha mengeluarkan mangsa insiden tanah benam berhampiran Masjid India sedang giat dijalankan.

Unit Storm dan Unit Pengesan K9 digunakan untuk membantu mengesan dan mengeluarkan mangsa dipercayai pelancong dari India berusia 48 tahun itu.

Mobile crane turut digunakan untuk mengangkat simen-simen lantai yang runtuh.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) dalam kenyataan hari ini berkata kedalaman tanah jerlus itu dianggarkan lapan meter.

Menurut kenyataan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.22 pagi.

“15 anggota pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan bantuan daripada Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian,” kata kenyataan itu.

PGOKL berkata, Komander Operasi, Mohd Riduan Akhyar mengesahkan terdapat seorang mangsa wanita terjatuh ke dalam lubang dan tertimbus di bawah tanah.

Berita lanjut menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini