comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Insiden pokok tumbang: Satu garis panduan pantau pokok lama akan dilakukan – Dr Zaliha

Oleh: Fahmi Tajuddin

KUALA LUMPUR: Satu garis panduan untuk memantau keadaan pokok yang berusia lebih 50 tahun di sekitar Kuala Lumpur akan dilaksanakan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, penetapan garis panduan itu adalah perlu untuk memastikan keselamatan awam, termasuk pengguna jalan raya.

“Banyak pokok disini (Kuala Lumpur) berusia lebih 50 hingga 80 tahun. Walaupun kita tengok keadaan pokok tegap tapi kita kena ada satu garis panduan untuk lakukan sesuatu untuk keselamatan.

“Dan pokok-pokok ini dibawah pemantauan. Kita juga melihat ada keperluan melihat garis panduan, pemeliharaan pokok-pokok tersebut untuk mengelak kecelakaan pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan insiden pokok tumbang yang berlaku di Jalan Sultan Ismail di sini.

Ujarnya, pemeriksaan pokok berkenaan dilakukan secara kerap dan berada dibawah pemantauan pihak swasta, melalui Jabatan Pembangunan Landskap Dan Rekreasi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tambahnya, buat masa ini pengguna jalan raya dilencongkan kepada laluan alternatif bagi mengelak kesesakan, sementara kerja pembersihan lokasi kejadian selamat untuk dilalui.

“Kita menjangkakan proses pembersihan selesai malam ini. Nilai kerosakan masih dikenal pasti.” katanya lagi.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata, pihak DBKL akan memperincikan bentuk bantuan dan pampasan kepada mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.

“Biasanya kalau ada insiden begini, DBKL akan ambil tindakan dari sudut bantuan kepada mangsa.

“Biasanya kita akan bagi bantuan berapa banyak tu kita akan perincikan,” tambahnya.

Seorang individu disahkan maut, manakala dua lagi cedera dalam kejadian insiden pokok tumbang yang berlaku sekitar jam 2.19 petang Selasa.

Insiden itu turut menjejaskan 17 kenderaan di kawasan berkenaan.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur ketika ini sedang melakukan proses pembersihan dan baik pulih kawasan dan kenderaan terjejas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini