comscore
Tumpuan :
Nasional

Insiden pokok tumbang: PBT disaran kemuka pelan jangka panjang – TPM 

Oleh: Hilmi Abdul Malik

SHAH ALAM: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran untuk mengemukakan pelan jangka panjang dalam mengatasi insiden pokok tumbang yang meragut beberapa nyawa baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu koordinasi perlu dilakukan melibatkan kesemua pihak yang terlibat.

“Kita ada Majlis Landskap Negara dan koordinasi antara kerajaan persekutuan dan negeri terutama PBT mempunyai mewenang dan wibawa (kepakaran) dalam penjagaan pokok tua dan mempunyai nilai tumbuhan yang perlu dipertahankan.

“Namun dari segi praktikalnya, kita harus melihat usaha jangka panjang yang dapat dibuat (iaitu) untuk tidak menebang tapi mengguna kaedah tertentu supaya pokok itu dapat kekal di sana namun tidak menyebabkan mudarat kepada masayarakat sekitar atau mereka yang melalui kawasan sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional disini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara mengulas isu berkenaan susulan beberapa kes kematian akibat insiden pokok tumbang berikutan angin kencang dan ribut.

Semalam, tiga kes kematian akibat pokok tumbang dilaporkan masing-masing di Pulau Pinang dan Terengganu.

Insiden di perkampungan Rumah Agam Pinang Peranakan di George Town menyaksikan dua pelancong warga China yang maut apabila pokok besar tumbang bersama sebahagian dinding konkrit lalu menghempap kenderaannya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini