comscore
Tumpuan :
Nasional

Insiden pokok tumbang: Operasi Laluan Monorel mengalami gangguan

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Operasi di Stesen Monorel Raja Chulan mengalami gangguan sususlan kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, ibu negara.

Rapid Rail Sdn Bhd menerusi kenyataan dahan pokok tumbang ke atas landasan, menjadikan tiada perkhidmatan di antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku.

Justeru pihaknya telah mengaktifkan perkhidmatanbas perantara yang berulang-alik dari KL Sentral ke Medan Tuanku.

Juga tren perantara di antara Titiwangsa dan Medan Tuanku.

“Pihak Rapid KL sedang bekerjasama dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan tersebut secepat mungkin.

“Buat masa ini anggota Polis dan Bomba sedang mengawal keadaan lalu lintas di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, sebarang kemaskini akan dimaklumkan secara berkala menerusi saluran media sosial dan aplikasi PULSE.

“Kami memohon maaf di atas gangguan luar jangka ini dan berterima kasih di atas kesabaran para penumpang,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini