KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihat untuk menggunakan laluan alternatif bagi mengelak melalui lokasi kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, di sini, hari ini, memandangkan jalan berkenaan ditutup sementara bagi kerja pembersihan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nazron Abd Yusof berkata, kerja pembersihan sedang dijalankan dan dijangka mengambil masa beberapa jam sehingga malam ini.
“Laluan ini akan dibuka semula kepada orang ramai sebaik kerja-kerja pembersihan selesai,” katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.
Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai yang terbabit dalam kejadian itu supaya tampil membuat laporan kerosakan kenderaan mahupun kecederaan dialami.
“Ia bagi membolehkan tindakan lanjut diambil,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, seorang lelaki tempatan maut manakala dua lagi termasuk seorang wanita warga Sweden cedera selepas pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan Monorel susulan hujan lebat di Jalan Sultan Ismail.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- TERKINI: Insiden pokok tumbang: Wanita Sweden antara dua yang cedera
- Insiden pokok tumbang: Satu garis panduan pantau pokok lama akan dilakukan – Dr Zaliha
- Insiden pokok tumbang: Operasi Laluan Monorel mengalami gangguan
- Pokok Tumbang: Dua mangsa dikeluarkan, seorang meninggal dunia – Bomba
- [VIDEO] TERKINI: Kenderaan dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail