comscore
Tumpuan :
Nasional

Insiden kekecohan di KLIA: Jabatan Imigresen mulakan siasatan menyeluruh

FOTO: NSTP

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen, JIM telah mengambil tindakan serta-merta dan memulakan siasatan berhubung insiden kekecohan di balai ketibaan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 yang dipercayai membabitkan seorang menteri.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh merangkumi semua aspek yang berkaitan.

“Sehubungan dengan itu, Jabatan ini memohon supaya orang ramai memberikan ruang agar siasatan dapat dijalankan dengan telus dan tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh menganggu siasatan”, katanya menerusi kenyataan.

Kenyataan itu  bagi mengulas laporan sebuah portal berita atas talian bertajuk ” Eksklusif: Menteri buat kecoh di KLIA tuntut pelawat China ditahan Imigresen dibebaskan yang diterbitkan semalam.

Difahamkan kekecohan di Terminal berkenaan berlaku apabila menteri itu didakwa menceroboh ke dewan ketibaan antarabangsa tersebut bagi menyelamatkan seorang wanita warga China yang ditahan masuk ke negara ini.

Menteri terbabit juga dilaporkan memasuki dewan itu tanpa memohon pas.

Loading...
Terkini