Oleh: Fahmi Tajuddin
KAPAR: 85 peratus kebakaran dua bangunan sebuah kilang cat di Taman Perindustrian Meru sudah terkawal.
Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Nurul Azman Muhammadan berkata ketika ini hanya kerja-kerja baik pulih kawasan punca kebakaran sedang dilakukan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).
“Kita berjaya mengawal kebakaran lebih kurang dua hingga tiga jam selepas kejadian berlaku.
85 peratus kebakaran dua bangunan sebuah kilang cat di Taman Perindustrian Meru sudah terkawal.
Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Nurul Azman Muhammadan berkata ketika ini hanya kerja-kerja baik pulih kawasan punca kebakaran sedang dilakukan oleh pihak Jabatan Bomba dan… pic.twitter.com/26vNXaZ9Ai
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) April 29, 2024
“Ketika ini keadaan sudah terkawal, dan dianggarkan 85 peratus kebakaran sudah terkawal.
“Selebihnya kerja-kerja overhaul untuk pastikan tiada lagi punca api yang boleh mendatangkan bahaya,” katanya ketika ditemu bual oleh Buletin TV3 pada Isnin.
Sementara itu beliau berkata, ketika kejadian kebakaran di kilang berkenaan berlaku, terdapat kebakaran susulan berlaku di berhampiran kawasan perumahan penduduk.
“Semasa kebakaran berlaku, turut berlaku satu lagi kebakaran secara serentak.
“Kebakaran kedua berpunca daripada bahan yang mudah terbakar dan menyebabkan kebakaran besar di hadapan kawasan perumahan dan menyebabkan satu kenderaan mengalami kerosakan komponen,” tambahnya.
Sebelum itu, Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.34 pagi Isnin berhubung kebakaran melibatkan dua buah bangunan kilang cat.
Sejumlah 39 anggota dan jentera dari 11 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) termasuk BBP Andalas, BBP Bukit Jelutong dan BBP Kapar dikerahkan ke lokasi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.