comscore
Tumpuan :
Nasional

Insiden di KLIA : Tiong King Sing beri penjelasan di mesyuarat Kabinet Rabu ini

KUCHING: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing akan menjelaskan lebih terperinci berhubung isu kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu pada Mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah bersemuka secara peribadi dengan Ahli Parlimen Bintulu tersebut selain perbincangan bersama beberapa pihak berkuasa terlibat juga sedang dilakukan.

Tegasnya, isu tersebut seharusnya dapat diselesaikan dengan cara yang baik melalui sistem pentadbiran sedia ada.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan beliau sendiri mengenai perkara itu, saya akan melakukan beberapa perbincangan juga dengan Menteri Dalam Negeri di mana Jabatan Imigresen di bawah beliau.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Projek-Projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia (WBM) di sini pada Isnin.

Khamis lalu, tular di media sosial kekecohan tercetus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Loading...
Terkini