Tumpuan :
Nasional

Insiden di KLIA, SPRM akan siasat semua pihak

PETALING JAYA: Dakwaan wujudnya rasuah seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan menyeluruh.

“SPRM akan mendapatkan maklumat daripada semua pihak dan menyiasat perkara itu sewajarnya.

“Oleh itu, kami menggesa orang ramai agar tidak mensensasikan atau membuat spekulasi mengenai perkara ini,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di sini hari ini.

Semalam Datuk Seri Tiong King Sing meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dalang penyebaran video kekecohan yang mendakwa dirinya menyalahguna kuasa di KLIA.

Tanpa berselindung, King Sing mendakwa video itu dirakam oleh pegawai Imigresen yang turut berada di tempat kejadian.

Beliau turut mendakwa, penyebaran itu adalah tindakan yang sengaja untuk menutup kesalahan serta aktiviti rasuah yang berlaku di balai ketibaan berkenaan.

Loading...
Terkini