comscore
Tumpuan :
Nasional

“Ini undi terakhir saya sebagai anggota polis”

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Proses pengundian awal yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Terengganu berjalan lancar.

Pusat pengundian dibuka jam 8.00 pagi tadi dan sewal 6.45 pagi sudah ada anggota polis, tentera dan pasangan menunggu untuk melunaskan tanggungjawab sebagai pemilih.

Sub Inspektor (SI) Mat Ali Mat Daling, 59 tahun, yang bertugas di Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) menjadi anggota pertama mengundi.

Foto Sub Inspektor (SI) Mat Ali Mat Daling.

“Saya sudah berkhidmat selamat 40 tahun dan akan bersara tahun depan. Ini adalah undi terakhir saya sebagai anggota polis dalam pilihan raya,” katanya.

SI Mat Ali berkata, dia akan merindui kenangan mengundi di saluran satu.

Di Terengganu, seramai 6,957 pengundi membabitkan 1,884 anggota tentera, 4,395 anggota polis dan 678 orang awam mengundi awal hari ini.

Loading...
Terkini