comscore
Tumpuan :
Nasional

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia naik tangga ke-57, skor meningkat 3 mata

Presiden TI-Malaysia, Muhammad Mohan dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PETALING JAYA: Malaysia berada di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2023 yang dikeluarkan Transparency International (TI) berbanding tangga ke-61 pada 2022.

Presiden TI-Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan berkata skor Malaysia juga naik 3 mata iaitu daripada 47 mata pada 2022 kepada 50 mata pada 2023.

Menurutnya, pelbagai faktor menyumbang kepada peningkatan skor diperolehi Malaysia antaranya disebabkan peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam mendakwa dua bekas Perdana Menteri dalam kes membabitkan rasuah.

“Pada masa sama, turut berkemungkinan menyumbang kepada peningkatan skor tersebut adalah kerana kedudukan Malaysia meningkat dalam Indeks Demokratik oleh Unit Perisikan Ekonomi pada tahun 2022.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini hari ini.

“Selain itu, walaupun wujud ketidakstabilan politik, namun penyertaan pengundi lebih tinggi disebabkan oleh Undi 18 pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) juga menyumbang kepada peningkatan skor tersebut,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini