Tumpuan :
Nasional

Indeks Perpaduan negara meningkat tahun lalu

Foto hiasan

PASIR GUDANG: Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 3.0 akan dilaksanakan  tahun ini untuk melihat tahap perpaduan negara.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata IPNas yang dilaksana Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bersama   Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun lalu, berada pada 0.62 berbanding 0.57 pada  2018.

“Kerajaan akan mengembalikan pelbagai program semarak kenegaraan bagi memupuk lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat dan komuniti,” katanya selepas Majlis Perasmian Program Ramah Tamah Uniti Kaamatan dan Gawai Tahun 2023 di Dewan Taman Mawar, di Pasir Gudang malam tadi.

Program itu julung kali diadakan di Pasir Gudang bagi meraikan kepelbagaian lebih 35,000 masyarakat Borneo yang menetap dan bermastautin di Johor.

Aaron Ago Dagang (empat dari kiri) memalu gong simbolik perasmian Program Ramah Tamah Uniti Kaamatan dan Gawai di Dewan Taman Mawar di Pasir Gudang, Johor

“Saya amat bangga dengan semangat Bangsa Johor yang begitu menitik beratkan semangat kebersamaan dan kekitaan, dalam menerima kepelbagaian budaya yang menjadi tunjang kepada kelestarian keharmonian dan kemakmuran.

“Ramai penduduk Sabah dan Sarawak yang bermastautin di Johor dan kita adakan sambutan ini untuk bersama-sama mereka yang tidak dapat pulang merayakan di kampung halaman,” katanya.

Loading...
Terkini