comscore
Tumpuan :
Nasional

Imigresen Negeri Sembilan gempur 12 lokasi, tahan 46 PATI

FOTO: JIM

SEREMBAN: Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 46 pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas menggempur 12 lokasi tumpuan warga asing di sekitar daerah ini dan Kuala Pilah, dalam operasi lebih 12 jam sehingga awal pagi tadi.

Penahanan itu membabitkan 14 lelaki dan 10 wanita warga Myanmar, lapan lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, empat lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki warga Pakistan, lima lelaki warga India dan seorang lelaki serta dua wanita warga Sri Lanka.

FOTO: JIM

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kian, berkata mereka yang ditahan itu berusia antara 18 hingga 47 tahun.

“Semua PATI itu ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 selepas pemeriksaan ke atas 84 individu dari pelbagai negara.

“Ketika operasi dijalankan di salah satu lokasi, terdapat cubaan melarikan diri dengan merempuh pegawai Imigresen yang terbabit serta berlaku adegan meraih simpati dengan merayu kepada pegawai untuk dilepaskan.

FOTO: JIM

“Namun kesemuanya telah dapat diberkas oleh pasukan serbuan dan mereka yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 11 borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan/penjaga premis untuk hadir ke Jabatan Imigresen Negeri Sembilan bagi membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini