Tumpuan :
Nasional

Imigresen nafi pelancong China tidak perlu lalui prosedur pemeriksaan di KLIA

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban.-Foto: NSTP

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kemasukan pelancong warga China dan pelancong daripada negera itu ke negara ini tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata pihaknya ingin menegaskan bahawa kenyataan itu adalah tidak berasas dan boleh menjejaskan imej dan kredibiliti jabatan.

Beliau berkata, peningkatan kemasukan warga China ke negara ini berikutan promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dengan pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV).

Katanya, untuk rekod, kadar kemasukan warga China selepas pelaksanaan PLV meningkat 140 peratus kepada 3.9 juta tahun lalu berbanding 1.6 juta pada 2023.

“Bagi memantapkan pengurusan kemasukan warga asing dan mengurangkan waktu menunggu Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan warga asing dari 63 negara termasuk warga China menggunakan kemudahan ‘autogate’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal 2 ,” katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan PLV itu, pelancong China dan India kini diberi pengecualian visa selama 30 hari mulai 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024.

Zakaria berkata, pelaksanaan inisiatif autogate tidak menjejaskan aspek keselamatan kerana data pasport dan maklumat kemasukan akan melalui padanan data biometrik serta ‘facial recognition’ yang disimpan dalam cip pasport.

Menurutnya, pelawat yang menggunakan autogate perlu memenuhi syarat-syarat seperti bebas daripada senarai syak dan senarai hitam serta sudah mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) kecuali warga Singapura yang dikecualikan daripada keperluan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini