Tumpuan :
Nasional

Imigresen nafi pelaksanaan RTK 3.0 seperti tular di media sosial

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaba. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menafikan pelaksanaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 3.0 (RTK 3.0) seperti tular di media sosial.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban berkata sehingga kini, tiada sebarang keputusan dibuat berhubung pelaksanaan program berkenaan.

“Imigresen menasihatkan orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menggunakan nama program RTK.

“Untuk rekod, program RTK 2.0 yang diperkenalkan bermula pada 27 Januari 2023 sudah berakhir sepenuhnya pada 30 Jun 2024,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perkongsian di laman sosial yang tular itu mendakwa kerajaan akan melaksanakan program RTK 3.0 dalam masa terdekat.

Zakaria menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Sila layari portal rasmi dan akaun media sosial rasmi Jabatan Imigresen untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini berkaitan jabatan ini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini