Tumpuan :
Nasional

Ilah buang stigma OKU lemah

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

PETALING JAYA: 9 tahun lalu, Fadzila Mohamad Azemi, 44 tahun terpaksa mengambil keputusan paling berat dalam hidupnya.

Dia yang pada awalnya didiagnos dengan kanser, terpaksa memotong kaki kirinya selepas 16 tahun menderita akibat jangkitan kuman.

“Saya merupakan orang yang guna kaedah rotationplasty amputee.

“Panjang ceritanya. Tetapi pada awalnya, saya didiagnos dengan Non-Hodgkin’s lymphoma. Jadi kanser itu kena dekat tulanglah.

“Selepas itu, dah buang tulang dan masukkan besi, tapi malang sekali..saya kena infection. 16 tahun saya hidup dengan jangkitan itu.

“Sampai satu tahap, dia dah menganggu kualiti hidup saya dan selepas berbincang dengan doktor, kita ambil keputusan untuk amputate.

Namun sejak empat tahun lalu – dia mula melibatkan dirinya dengan senaman seperti powerlifting dan beberapa latihan lain membabitkan kekuatan otot.

Kata wanita yang lebih mesra disapa Ilah ini.. pada awalnya dia hanya suka-suka mencuba.

Tetapi kini dia mengakui latihan yang berterusan membuatkan kehidupan sehariannya bertambah baik.

Meskipun menggunakan kaki palsu – Ilah berkata dia lebih bertenaga.

“Untuk latihan kekuatan ini dia banyak membantu. Macam saya sendiri pun rasa beza sebelum dan selepas, macam better lah nak bergerak, lagi senang dan boleh berdikari.

“Pakai kaki palsu banyak pakai tenaga, kalau dulu sakit belakang, sakit pinggang, tapi sekarang dah kurang sakit.”

“Saya join pun bukan sebab nak sado, tapi untuk kesihatan.”

Malah, menurut anak kelahiran Sungai Ara, Pulau Pinang ini, kejayaan atlet paralimpik negara – Bonnie Bunyau Gustin meraih emas di Paralimpik Paris 2024 menjadikannya lebih bersemangat.

Katanya lagi, menyertai powerlifting bukanlah sesuatu yang mudah kerana seseorang itu perlu kuat dari segi fizikal dan mental.

Dalam mencabar dirinya, dia menyertai acara powerlifting untuk wanita yang diadakan di Petaling Jaya.

Dalam acara itu, Ilah berjaya memecah rekod peribadinya dengan angkatan 60 kilogram bagi acara squat dan 80 kilogram acara deadlift.

“Saya nak tunjuk dekat OKU lain yang kita pun boleh buat. Jangan limit diri sendiri kita, dan sentiasa percaya dengan diri kita.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini