Tumpuan :
Nasional

Ikmal Hisham Nafi Ada Kepentingan Dalam Projek Howitzer

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (kanan) dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, menafikan memiliki kepentingan dalam penganugerahan kontrak perbekalan meriam artileri Self Propelled Howitzer (SPH) oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Ahli Parlimen Tanah Merah itu berkata, dakwaan dibuat Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli melalui Facebook itu adalah satu fitnah dan pembohongan yang bertujuan mencemarkan nama baiknya.

“Sebagai timbalan menteri pertahanan, saya sama sekali tidak mempunyai kuasa dalam menentukan atau mempengaruhi pemilihan syarikat dalam mana-mana perolehan kementerian (MINDEF).

“Ini kerana MINDEF telah menetapkan setiap perolehan aset dan kelengkapannya yang baharu mempunyai proses kerja yang perlu dipatuhi.

“Ia juga perlu diperakukan oleh pengguna sendiri iaitu tentera darat, laut atau udara, sebelum sebarang perolehan dilaksanakan dan seterusnya dikemukakan kepada agensi pusat seperti Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan untuk kelulusan perolehan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Semalam, Rafizi melalui muat naiknya di Facebook mendakwa MA Analytics Sdn Bhd )MA Analytics) yang dikaitkan dengan kontrak RM834 juta itu sebagai syarikat kroni berkait Timbalan Menteri Pertahanan.

Rafizi memaklumkan, semakan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan siasatan ke atas individu terbabit dalam MA Analytics Sdn Bhd menunjukkan pemilikan bersama syarikat dengan anak dan isteri timbalan menteri itu.

Ikmal Hisham berkata, dakwaan dibuat Rafizi itu adalah satu fitnah dan pembohongan yang bertujuan politik bagi mencemarkan nama baiknya dan menyemarakkan kebencian orang awam terhadapnya.

“Saya menyerahkan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat serta mendakwa Mohd Rafizi melalui peruntukan undang-undang sedia ada.

“Pada masa sama, sekali lagi saya tegaskan apa yang dinyatakan oleh beliau adalah satu fitnah dan tohmahan yang bermotif politik, apatah lagi dalam keadaan negara dijangka mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi,” katanya.

Beliau juga bersedia bekerjasama dalam sebarang siasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, satu laporan polis dibuat Setiausaha Sulit Kanannya, Mohammad Iskandar Idris di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi susulan dakwaan dibuat Rafizi itu.

itu dibuat , melalui Setiausaha Sulit Kanan Mohammad Iskandar Idris hari ini. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini