Tumpuan :
Nasional

Iklan produk kesihatan palsu, Dr Noor Hisham ambil tindakan undang-undang

Tangkap layar media sosial gambar Dr Noor Hisham yang disalah guna dan dimanipulasi scammer bagi membuat kenyataan palsu termasuk mempromosi serta menjual produk kesihatan dan ubatan di media sosial, tular semula kebelakangan ini. – FOTO: Noor Hisham Abdullah/ Facebook

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan kenyataan dan iklan produk kesihatan palsu menggunakan nama serta gambarnya.

Dalam hantaran di Facebook, Dr Noor Hisham menyatakan bahawa kenyataan palsu itu kembali tular di internet, sekali gus berpotensi mengelirukan orang ramai.

“Peringatan kepada semua pengguna media sosial, sila berhati-hati dengan kenyataan palsu yang menggunakan nama dan gambar saya yang kini tular semula. Saya akan mengambil tindakan undang-undang dan berharap ini menjadi pengajaran kepada semua,” katanya.

Sejak 2021, nama dan gambar Dr Noor Hisham kerap disalah guna oleh scammer untuk mengeluarkan kenyataan palsu, termasuk mempromosi serta menjual produk kesihatan dan ubatan.

Pada Ogos 2021, nama beliau pernah digunakan bagi mempromosikan ubat Ivermectin, yang didakwa mampu merawat COVID-19 di media sosial.

Ivermectin adalah ubat yang digunakan untuk merawat parasit seperti parasit usus pada haiwan dan kudis buta pada manusia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini