Tumpuan :
Nasional

Ikan naga hampir dua meter ditemui nelayan

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

KUALA NERUS: Seekor ikan naga laut atau dikenali sebagai Oarfish ditemukan oleh nelayan tempatan.

Harun Jusoh, menemui ikan itu ketika mencari hasil laut menggunakan pukat hanyut di perairan Terengganu.

Ketika ditemui ikan itu dilaporkan masih hidup dan mati selepas dibawa naik ke atas bot.

Penemuan itu kemudianya diserahkan kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan universiti itu segera mengambil tindakan untuk mendapatkan sampel bagi tujuan penyelidikan.

Spesimen ikan naga adalah yang kedua disimpan UMT selepas diawet.

Loading...
Terkini