comscore
Tumpuan :
Nasional

Idris Jusoh, Tony Fernandes antara ahli Jawatankuasa PPPTM

Siri mesyuarat Jawatankuasa PPPTM itu merupakan usaha untuk membangunkan pelan tindakan atau blueprint baharu yang bakal berakhir pada tahun hadapan.

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Tan Sri Idris Jusoh dan tokoh konglomerat,Tan Sri Tony Fernandes antara dipilih untuk menjadi ahli Jawatankuasa Penasihat Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan jawatankuasa itu turut melibatkan Datuk Sri Mustapha Mohamed, Presiden dan Pengerusi PEMANDU Associates, Datuk Sri Idris Jala serta Pengerusi Bursa Malaysia Berhad, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Siri mesyuarat Jawatankuasa PPPTM 2026-2035 Bilangan 2 Tahun 2024 merupakan satu usaha untuk membangunkan pelan tindakan atau blueprint baharu yang bakal berakhir pada tahun hadapan.

“Mesyuarat jawatankuasa penasihat ini diadakan sebagai medium untuk kumpulan pakar membentangkan Laporan Interim PPPTM 2026-2035 yang menjelaskan perkembangan semasa pembangunan blueprint.

“Seramai 120 ahli mesyuarat yang terdiri daripada pengurusan tertinggi KPT dan IPT, pemain industri utama negara dan pakar rujuk telah hadir bagi menjayakan pembangunan PPPTM 2026-2035 yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir,” menurut KPT dalam satu kenyataan.

Dalam mesyuarat itu, ketua-ketua lonjakan membentangkan isu dan cabaran serta strategi yang diatur dalam 10 Lonjakan PPPTM 2026-2035, diterajui oleh Pengerusi Kumpulan Pakar, Profesor Emeritus Datuk Dr. Asma Ismail.

“Sehingga Oktober, kumpulan pakar yang telah dilantik telah melaksanakan 31 sesi libat urus melibatkan lebih 5,000 orang pemegang taruh dan sebanyak 1,816 maklum balas tinjauan nasional daripada pelbagai kelompok dalam dan luar ekosistem pendidikan tinggi telah dikumpul bagi mengenal pasti isu dan cabaran utama daripada pelbagai perspektif dalam pendidikan tinggi.

“Secara keseluruhan, 10 lonjakan yang dibentangkan ini bersifat menyeluruh, lengkap dan mencakupi segala aspek ekosistem pendidikan tinggi,” katanya.

Antara elemen yang dicadangkan termasuk mengambil kira faktor ekonomi masa hadapan, faktor permintaan pasaran dan keberhasilan penyelidikan pendidikan tinggi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini