![](https://media.buletintv3.my/2022/10/GEN-POLIS-JENAYAH-LOGO-PDRM-6.jpg)
KAJANG: Polis giat mengenal pasti identiti seorang lelaki yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 17.6 Lebuhraya Cheras-Kajang, di sini, 4 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abd Yusof berkata, kemalangan membabitkan lori dengan mangsa iaitu pejalan kaki pada 2.30 petang.
Menurutnya, mangsa berusia lingkungan 40-an mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Polis kini sedang giat mengenal pasti identiti pejalan kaki yang meninggal dunia kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri bersama mangsa ditemui ketika kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, justeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat kemalangan atau kehilangan ahli keluarga dan mengenali mangsa diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suod di talian 017 3818422.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.